>Rotan Sayang

>Hari ini mendung dari pagi bawa ke petang. Hujan tidak juga turun tapi matahari tidak juga menunjukkan senyumnya. Awan memutih memenuhi persada langgit. Udara pula sejuk sepanjang hari, begitulah hari ini.

Di saat ini aku tidak tahu kenapa,tapi semuanya membosankan. Dari satu blog ke satu blog kawan-kawan aku masuk,aku baca,aku lihat gambarnya,aku nak komen tapi aku seperti ketandusan idea. Tak tahu apa nak di tulis. Akhirnya aku klik keluar dan masuk ke blog lain. Begitu juga,idea tak juga datang.

Angin seperti berhenti dari bertiup. Suasana hampir begitu sunyi jika tidak kerana suara dari televisen. Dalam kebosanan ini, aku klik lagu nyanyian Kim Bum Soo bertajuk Song of Sorrow. Berulang kali aku mendengarnya. Memang aku tak faham bahasa korea tapi dari sarikatanya,fahamlah aku sikit-sikit jalan cerita lagu korea ni.

Aku sedikit tidak keruan di saat ini. Banyak pula yang datang menerpa dalam benak ku ini. Memikirkan bil yang belum dibayar. Belum berkesempatan lagi.Teringat pula hujung bulan di mana aku perlu bersegera atau rushing dalam menyiapkan kerja di pejabat. Kerja ku boleh dikirakan tak susah pun, cuma nak cepat tu yang membosankan aku. Mengimbau pula wajah-wajah ibu, ayah dan adik-adikku. Dah tidur agaknya masa ni.

Sudah hampir enam kali aku ulang lagu korea ni.

Aku klik lagu Razis Ismail bertajuk Hadirmu Membawa Sinaran. Lagu ni hangat masa aku tingkatan tiga dulu sewaktu usia ku lima belas tahun. Masa tu aku tinggal di asrama.Terimbas pula kenangan sewaktu di asrama. Aku budak baik cuma masa di tingkatan empat aku mula belajar menghisap rokok. Bukan kerana pengaruh,tapi aku ingin merasa bagaimana rasanya hisap rokok. Selepas dari itu, aku mula menjadi perokok yang tidak tegar,ada hisap tak ada tidak mengapa. Pendek kata belum ketagih lagi.

Rupa-rupa sampai jua kepengetahuan pihak pengurusan dan akhirnya aku kene hukum rotan semasa aku di tingkatan lima.

Petang tu, rupa-rupanya ada dua orang yang akan dihukum , aku dan seorang lagi pelajar perempuan.

Bila dewan telah penuh oleh semua pelajar asrama baik lelaki dan perempuan dari tingkatan satu hingga lima, aku dan pelajar perempuan itu dipanggil ke hadapan. Masa tu baru aku tahu dan kenal siapa pelajar tersebut, tapi aku sudah lupa, apa kesalahannya hingga akan dirotan seperti aku. Tak silap bermula dengan pelajar itu dulu, dia dirotan di tapak tangan. He he kesian dia.

Sampai pula giliran aku untuk di rotan. Bukan di tapak tangan tapi di punggung. Aku tidak bersedia apa-apa kerana aku tidak tahu apa hukuman yang bakal dikenakan sebelum dari tu. Selepas memberi nasihat,aku pun di rotan. Aku masih ingat lagi hayunan pengurus asramaku itu memang dihayunnya semahu hatinya. Aku menutup mataku di saat libasan begitu hampir.Selepas tiga kali libasan aku kembali ke kerusi untuk duduk untuk menunggu majlis seterusnya iaitu taklimat biasa untuk semua pelajar. Punggung ku tak rasa sakit,tapi lengan ku berbalar akibat terkena hujung rotan.Pelajar yang mengadu tentang perihal aku menghisap rokok,senyum senang hati kerana aduannya berhasil.

Selang sehari,untuk pertama kalinya aku terima kad ucapan berbunga-bunga dan berbau harum siap dengan kata-kata nasihat. Rupa-rupanya ada yang simpati dan terharu melihat aku dihukum. Dia menasihatkan aku belajar bersungguh-sungguh. Menurut katanya didalam kad tu, dia sedih dan terharu melihat aku begitu cool sewaktu hendak di rotan. Menurut kata kawan-kawannya,dia menanggis semasa aku menerima hukuman itu.

Pengurus asrama ku itu telah menjadi dekan di sebuah universiti awam. Pelajar perempuan yang sama di hukum dengan aku tu telah berjaya menjadi pelukis kartun dalam majalah berbentuk agama dan kalau tak silap keluaran syarikat milik keluarganya juga.

Bila ada terserempak di kedai buku dengan majalahnya tu, aku suka membelek-belek sambil tersenyum. He he pernah kena rotan dengan aku budak ni. Pernah juga aku beli majalahnya tu sekali sekala dulu. La ni lama juga aku tak tengok majalahnya tu. Dan aku di sini sedang menulis kesah aku di rotan. He he tak malu, kena rotan pun cerita.

Di saat ini aku tak bosan lagi,aku sedang tersenyum seorang diri sambil di ruang mataku tergambar asrama dan kawan-kawanku. Di mana mereka semua sekarang ni agaknya.

Advertisements

About pepcoy

43 Male Married malaysia
This entry was posted in Frame of Memory. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s