>Silap Mata

>Mana la ni kata kejap je, bercakap dengan diri sendiri. Aleh nama pendek, nama panjangnya Saleh sedang menunggu anak dan isterinya yang sudah kira lama juga masuk ke kedai jahitan di hadapan tempat Aleh sedang parking kereta.

Aleh memang malas sesangat nak merayau dan menunggu lama tapi apa nak buat orang perempuan memang suka berlama-lama kalau membelek atau membeli barang-barang. Aleh yang dari tadi duduk menunggu di dalam keretanya sudah mula berangin. Dia duduk di dalam kereta dengan menghadap ke luar dan kaki kanannya memijak jalan. Oiit, lamaanyaa, nak cari benang lama macam ni, kalau aku gi minum pun sempat tadi gaknya, runggut Aleh sendirian.

Tak boleh jadi ni, mengomel sambil bangun menuju ke kedai jahit untuk melihat apa di buat dek anak dan isterinya hingga lama benar dia menunggu. Aleh terjenggah-jenggah dari luar ke dalam dan dia nampak isterinya sedang berdiri menghadap ke arah luar. Sekali pandang dia tahu isterinya sedang resah menunggu maklumlah tadi dia dah pesan jangan lama sangat. Kejap bang, amoi tu gi cari kat dalam stor belakang. Warna dah habis, dari jauh isteri Aleh memberi penerangan gerangan kenapa dia lambat. Aleh melangkah lebih hampir kepada isterinya. Kalau gitu abang gi kedai sebelah sebelah kejap, abang tunggu dalam kete, sambil berkata Aleh pusing balik dan melangkah ke kedai sebelah.

Aleh membeli sekeping majalah keluarga, bukan apa nanti isterinya pun boleh membaca sekali. Sambil melangkah keluar dia membelek-belek majalah tersebut. Eh ada gambo Umi Aidah. Majalah macam ni pun dia masuk. Aleh memang minat sangat pada Umi Aidah. Kalau dia sedang berehat sambil membaca surat khabar, tentu dia akan berhenti kalau dia terdengar Umi Aidah sedang berlakun dalam drama yang sedang disiarkan di kaca TV.

Sambil melangkah sesekali Aleh mengangkat kepala memandang ke arah keretanya yang berwarna putih itu dan tunduk memerhatikan photo Umi Aidah di dalam majalah tersebut. Kalau lah bini aku maitain macam ni, pheh !

Sedar-sedar Aleh dah sampai di keretanya, dengan mata nya masih meneliti perengan demi perengan dari ruangan yang ada Umi Aidah tu, dia pun terus membuka pintu keretanya dan terus duduk. Haa.. baru lah selesa nak baca, apa ke hal Umi masuk majalah ni, detik hati Aleh. Dia nak tau sangat pasal selalu dia jumpa Umi Aidah dalam majalah hiburan je. Apa lah Aleh itu pun nak dikecohkan tapi nak kata apa, memang dia minat gila kat pelakun wanita tu.

Sedang asyik membaca, tiba-tiba ada suara memangilnya dari luar kereta. Aleh mendongakkan kepala nya memandang ke arah lelaki yang memanggilnya itu. Ye, ada apa saya boleh tolong, jawab Aleh yang memang berbudi bahasa orangnya. Dia cuma kurang budibahasa kalau bercakap dengan Kiah isterinya tu saja.

Maafkan saya, encik duduk dalam kereta saya ni, jelas lelaki tersebut. Terkejut Aleh. Tanpa menjawab dia terus bangun untuk mencari kepastian. Maaf cik, pada lelaki tersebut Aleh minta maaf bila dilihat keretanya ada di sebelah kiri kereta yang sedang parking di sebelah kereta lelaki tersebut. Maaf Cik, ulang Aleh sambil tersenggeh-senggeh. Terasa segan betul dia masa tu. Tak apa, kereta kita sama warna mungkin sebab tu encik tersilap tadi agaknya. Jelas lelaki tersebut. Aleh melangkah ke keretanya. Aduh !! macam mana boleh silap ni. Nasib tak da orang perasan, bisik Aleh pada dirinya sendiri. Segannya aku.

Tu lah malas kunci kereta lagi, aleh menyalahkan lelaki tersebut dengan kecuaian yang dia sendiri lakukan. Aha aku pun tadi tak kunci pintu kereta gak. He he gelak sendirian Aleh. Apa lah malang hari ni, tapi nasib baik gak orang tak da yang nampak, Aleh menjawab soalanya sendiri dengan kenyataan penyedap hati.

Sebentar kemudian isteri dan anaknya sampai. Dah siap bang, nak balik bolehlah, kata Kak Kiah isteri Aleh. Tu la awak lambat sangat, saya dah salah masuk kereta orang lain tadi, baik punya lentok sambil baca majalah, nasib dia tak marah, Aleh memberi tahu isteriya.

Aleh menghidupkan enjin keretanya dan memandang cermin belakang untuk mengundurkan kereta dari tempat parking tu. Ada Umi Aidah ke dalam majalah abang beli ni, tanya Kak Kiah sambil memyelak majalah yang Aleh hulurkan padanya sebelum menghidupkan enjin kereta tadi. Aleh malas nak nak jawab, dia buat bodoh je dan terus memandu pulang.

Sambil memandu, sesekali dia tersenggeh sorang-sorang, macam mana aku boleh silap tadi, dalam hati Aleh bertanyakan kepada dirinya sendiri. Dengan anak-anak selalu aku pesan, apa-apa hal balik rumah dulu, jangan buka makanan yang dibeli atau apa sahaja sebelum sampai rumah. Kalau budak-budak yang silap tadi sah aku dah marah ni he he pikir Aleh dalam hatinya.

Advertisements

About pepcoy

43 Male Married malaysia
This entry was posted in Silap Mata. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s