>Tangisan Di balik Pintu

>Dino masih belum tidur lagi. Jam sudah pun pukul 12.30 malam. Matanya masih belum mengantuk. Walaupun seharian bekerja, Dino tidak terasa letih pula hari ini.

Kenapa aku tak ngantuk-ngantuk lagi ni, esok nak bangun pagi pula tu, ngomel Dino sendirian di hadapan laptopnya. Dino sendirian, isterinya telah pulang ke kampung untuk melahirkan anak pertama mereka.

Dino ke dapur menjerang air. Buat kopi la, boleh juga cecah dengan biskut keras nanti, fikir Dino.

Suasana sungguh sunyi, hanya kedengaran bunyi kipas siling yang berputar ligat. Sambil melayan chating, Dino menghirup air kopi buatan tanggannya sendiri yang agak pekat itu.

Sedang Dino asyik leka melayan chat, terdengar suara seperti perempuan sedang menanggis di belakang rumahnya.

Eh siapa pula yang menanggis tu. Dino memasang telinganya untuk memastikan benarkah itu suara wanita sedang menanggis. Makin lama makin jelas suara tangisan perempuan dari arah pintu belakang rumah Dino. Siapa pula yang menanggis malam-malam buta ni. Belakang rumah aku pula tu.

Dino mula terasa seram, bila teringat cerita-cerita seram yang pernah dia dengar sebelum ni. Suara hantu ke suara orang tu. Macam mana ni,Dino mencari akal apa yang patut dia buat.

Makin mendayu-dayu pula suara tanggisan itu. Sah hantu ni, fikir Dino bila dia terfikir mustahillah wanita biasa akan menanggis sebegitu rupa di belakang rumah orang lain di malam yang gelap gelita begini.

Dino sudah mula lupakan chatingnya. Alamak macam mana ni. Hatinya mula berdebar dan dahinya mula terasa berpeluh. Pontianak ke tu, Dino membaca ayat kursi. Baru suku dibaca Dino sudah terlupa pula sambungannya. Selalu aku hafal kenapa pula lupa ni, tertanya Dino sambil bediri, matanya memandang ke arah pintu dapurnya.

Dalam takut Dino memberanikan hati untuk mengintai dari tingkap dapurnya. Perlahan-lahan ditolaknya cermin tingkap dapur. Berdebar hati Dino, dari celah tingkap samar-samar kelihatan sesusuk tubuh wanita dengan rambut yang mengerbang sedang duduk di bahagian luar pintu dapur rumahnya.

Dino segera berundur perlahan-lahan ke belakang. Apa nak buat ni, fikir Dino.Mulutnya kumat-kamit membaca apa saja ayat yang terlintas di fikiran.

Lutut Dino mula mengigil. Dino tak tahu apa perlu dilakukan di saat itu. Cuma dia berharap agar mahluk itu tidak menjelma masuk ke dalam rumahnya.

Dalam takut, hatinya mula baran, bila dirasakannya suara tanggisan itu seperti mencabar keakuannya, jatidiri Dino.Balik lah apa buat menangis malam-malam di belakang rumah orang ni, tak sengaja terluncur dari mulut Dino mungkin diransang oleh rasa panas hatinya. Suara tangisan tiba-tiba berhenti. Berdebar-debar juga hati Dino menanti reaksi dari mahkluk itu. Suasana tiba-tiba sunyi sepi.

Tiada jawapan dari luar. Tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan.

Baliklah, tak baik la menanggis malam-malam macam ni, Dino sekali lagi memberanikan hatinya untuk mengulangi ayatnya tadi.

Maaflah Dino ! Terkejut Dino, tiba-tiba sahaja ada suara yang menjawab. Suara lelaki pula tu. Baliklah, yang awak melalak belakang rumah Dino ni buat apa, sambung suara lelaki dari luar rumahnya itu. Ni suara orang bukan hantu bisik hati Dino sambil bersegera menuju ke arah pintu dapur dan membukanya.

Akak kau ni, abang tegurkan dia tadi hutang dengan bangla, merajuk panjang pula dia. Abang pun tak perasan bila masa dia keluar dan kenapa dia merajuk, jelas abang Din, jiran selang dua buah rumah dari rumah Dino.

Awaklah, nak marah pun jangganlah kutuk mak ayah kita. Kalau saya cakap macam tu mesti awak marah punya, Kak Peah membalas cakap suaminya sambil terisak-isak. Dah la tu, malu la Dino tengok tu, jom balik, Abang Din kelihatan seperti segan dengan apa yang berlaku.

Dino tersenggeh dan sedikit geli hati melihat abang Din yang sedang memujuk kak Peah yang sedang merajuk tu.

Abang marah teruk sangat agaknya tadi, tu yang kak peah merajuk kot, Dino tiba-tiba mencelah.

Abang dah banyak kali nasihat jangan suka hutang sana sini, balik-balik diambil nya barang dari bangla jual karpet tu. Yang sebelum ni belum habis bayar, diambilnya pula alas tilam. Macam mana abang tak angin dibuatnya, jelas abang Din yang masih memegang bahu isterinya memujuk untuk di ajak pulang. Abang bukan marah, cuma tegur je tadi, jelas abang Din lagi.

Kak Peah masih belum mau berganjak dari belakang rumah Dino. Rajuknya masih belum mau beransur. Abang Din pula tergaru-garu kepalanya, mungkin mencari ilham untuk memujuk isterinya. Dino pula merasa lega kerana yang menangis itu bukan hantu.

Dah la kak, sikit-sikit maafkan la abang Din, Dino pula tumpang sekaki cuba memujuk kak Peah. Apa sikit-sikit, dia kata ayah akak lembu, tiba-tiba terpacol dari mulut Kak Peah yang dari tadi diam tak bersuara. Lembu ! terpancul pula dari mulut Dino yang agak terkejut dengan penjelasan kak Peah tu.

Dah lah tu kak, maafkanlah abang Din, pujuk Dino yang sudah mula merasakan yang dia tidak perlu campur urusan rumah tangga abang Din.

Kak Peah tiba-tiba menanggis semula. Suasana menjadi haru biru seketika. Saya minta maaflah, abang Din terus memegang tangan kak peah dalam usahanya memujuk isterinya. Dah lah kita balik dulu, tak elok awak merajuk dan menanggis kat sini, awak balik sekarang, arahan abang Din dengan suara yang sedikit meninggi.

Kak Peah bangun dan cenonong menuju ke rumahnya sambil merentap tangannya yang sedang di pegang oleh abang Din.

Terdengar berdentum pintu belakang rumah abang Din. Dino dapat mengagak yang kak Peah melepaskan marahnya pada Abang Din.

Maaflah Dino, akak kau buat perangai pula malam ni, abang pun silap juga main lepas cakap je tadi, abang Din dalam malu-malu menjelaskan punca kejadian itu.

Betul ke abang kata akak lembu, tanya Dino yang dari tadi terfikir-fikir dalam hati, tak kan lah abang Din nak cakap macam tu.

Abang bukan kata akak kau lembu, abang terlepas cakap, kalau ayahnya lembu, anaknya pun lembu juga, tersenggeh abang Din sewaktu menjelaskan apa yang dia cakap pada isterinya tadi.

Abang sebetulnya magrib tadi marahkan budak depan tu bawak motor bukan main laju lagi, kau pun kenalkan, anak Samad depan tu. Si Samad pun pandu motor laju, tengah abang anginkan anak Samad, akak kau pula datang tunjukkan kain alas tilam baru ambil dari bangla, abang diam je masa tu,dalam hati ada juga rasa marah.

Sedang akak kau beria cerita pasal kain tu, tiba-tiba anak samad melintas lagi di perah-perahnya motor depan abang, tu yang spontan keluar dari mulut abang, kalau ayahnya lembu, anaknya pun lembu juga. Akak kau terus tanya, abang marah dia ke. Abang jawab, mestilah marah, tu yang akak kau fikir abang kata ayahnya lembu.

Sebetulnya salah faham je, abang kata Samad dengan anaknya yang pasal lembu tu, bukan akak kau. Yang abang cakap marah tu, abang maksudkan marah lah beli kain lagi kat bangla. Aduh letih betullah orang perempuan ni. Abang Din mengakhiri penerangannya dengan kesimpulannya sekali.

Dino cuma senyum saja. Biasalah tu bang, orang pompuan memang sensitif kena pula kalau berkaitan dengan keluarga dia orang, balas Dino sambil senyum melihat abang Din yang terpandang-pandang ke arah rumahnya.

Abang balik dulu Dino, maaf ya menyusahkan kau je, Abang Din minta diri untuk pulang.

Tak apa bang, oh ya selamat memujuk he he, Dino berseloroh sebaik sahaja abang Din memulakan langkah untuk pulang.

Macam-macam ada ! balas abang Din tersenyum dan hilang dalam gelap malam menuju ke rumahnya.

Dino kembali mengadap laptopnya. Elo bro nak chating ke tidak ni, tertulis di kotak chating bila diklik Dino. Sori la tadi ada hal la, Dino membalasnya.

Blah la lu, balas dari awek yang tadinya begitu berlemah lembut bahasanya minta di top up handphonenya oleh Dino sebelum adengan haru suara tangisan kak Peah.


Advertisements

About pepcoy

43 Male Married malaysia
This entry was posted in Tangisan Di balik Pintu. Bookmark the permalink.

8 Responses to >Tangisan Di balik Pintu

  1. cikTi says:

    >ish2.mati2 ingt hntu toyol tadi,.,rupa2nya akak yg mrajuk ngn laki dia,.bgus2,.suka crita nih

  2. Aim My Nick says:

    >Suspen gak kan kalau sorang-2 tinggal dengar bunyi org nangis kat belakang rumah.tk Cik Ti.

  3. ~PakKaramu~ says:

    >Salam ziarah dari Pak Karamu

  4. Aim My Nick says:

    >terima kasih PakKaramu sudi hadir di blog kecil saya ni

  5. umihoney says:

    >ni ada yang nak kena pulas telinga ni..lu sudah bikin gua seram..hahaha..good story telling..bagus bagus.

  6. Aim My Nick says:

    >nak tau tak, mcm kat atas tu tulis sebatian antara imaginasi dan reality, so cite ni imaginasinya kes kak peah dan abg din tu, part realitinya ada gak, tang menangis tu betul. dalam pukol 2 pagi, saya tak tidur lagi, wife pulak tersedar, dan kita org berborak-borak, org kata dah pecah ngantok, jadi borak la, time borak tu real dengar suara pompuan menangis, saya mulanya diam takut wife takut, rupanya dia pun dengar. saya gi ke belakang nak tengok tapi wife ingatkan kita ada anak. nanti apa-2 terjadi susah pula, so saya pun tak lah tengok apa rupanya yang menanggis tu..

  7. NENSA MOON says:

    >Hihi… lucuu… masa zaman gini masih terbayang takut sama pontianak/kuntilanak?!Menarik ceritanya, Rad… dan gaya penulisannya juga saya suka…Keep it up lah yaa

  8. Den Macho says:

    >tk Nensa, Saya mencuba cuba. Idea datang saya tulis. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s