>Jangan derhaka nak

>Anakku,

Ingin ibu riwayatkan kepadamu tentang sebahagian dari kesah keujudanmu di muka bumi Tuhan ini. Engkau telah lupa semuanya. Bukan salah mu nak, memang sifat kita manusia pelupa. Namun hari ini ibu cuba ceritakan semula agar kau tahu tanggungan ibu sewaktu melahirkan mu.

Ibu mengandungkan mu selama sembilan bulan sepuluh hari. Diawalnya ibu selalu mual-mual dan muntah-muntah. Pinggang mula sakit-sakit. Namun ibu amat gembira di saat itu, tertunggu-tunggu ibu penuh sabar hari kelahiranmu.

Hari berganti minggu, bulan pun hadir, perut ibu makin membesar. Kulit perut ibu makin menegang membawa rasa tidak selesa yang amat sangat. Kehulu kehilir ibu bawa kau ke mana jua ibu pergi. Kaki mula lengguh-lengguh. Botol minyak angin hampir suku tinggal bakinya. Ibu rela dan tetap rela dengan tanggungan itu kerana kau anakku, zuriat ibu bersama ayahmu bakal mewarisi kehidupan kami nanti.

Sebanyak mana pun minyak angin disapu, lengguhnya tetap tinggal di kaki ibu. Ibu tetap tabah tidak keluh kesah. Bila bulan sudah bertambah, perut ibu mula memboyot. Gadis berpinggang ramping dulunya kini sudah di tabalkan sebagai mak orang, jalannya terkengkang-kengkang buat mengimbangi pembesaran mu di dalam perut ibu. Kini jelita dan ayunya ibu tinggal nama saja. Untuk mu anak segodang mana perut ibu, itu tidak menjadi hal. Asal saja kau selamat dilahirkan.

Bila kau mula bergerak-gerak di dalam perut ibu, terasa sakit dan bisanya. Tapi ibu senyum melihat gerakan mu yang jelas kelihatan di perut ibu yang merening itu. Hajat ibu agar kau sihat dan selamat. Besar nanti menjadi Ali penegak kebenaran dalam agama. Jika kau perempuan menjadi wanita mulia penyambung warisan Fatimah.

Kau anak ku darah dagingku, makan minum mu dari saluran di tembuni ibu. Apa ku makan itu lah khasiat buat mu. Ibu mesti menjaga makan minum agar kau sihat di dalam perut. Mengidam ibu nak makan itu dan ini. Ada masanya dapat, dan ada masanya tidak begitu bernasib baik. Tak apalah rezeki tentunya di tangan Tuhan.

Masa sudah hampir untuk kau dilahirkan. Sakit di pinggang tak terkira. Dalam hati rasa takut memang ada. Bakal meyabung nyawa demi kelahiran mu. Kata orang, sakit melahirkan itu kedua sakitnya selepas sakit sakaratul maut. tapi tak mengapa, ibu tetap tabah menempuhnya demi kasih dan sayang ibu kepadamu.

Putus-putus urat kecil meneran di saat melahirkan mu. Peluh membasahi dahi meneran sedaya yang mungkin agar kau segera dilahirkan. Hilang tenaga tak terdaya rasa namun bila saja mendengar tanggisan mu, gembiranya tak terkira hati ibu. Ingin segera ibu tahu lelaki kah perempuan. Dua-duanya ibu suka dan terima dengan rela.

Ada para ibu yang mati di saat melahirkan anak akibat tumpah darah. Ada yang berhari menanggung sakit akibat uri melekat. Ada ibu yang meroyan selepas anak dilahirkan. Ini semua risiko yang para ibu harus tanggung. Tapi tanya lah wanita mana pun semuanya masih ingin punya anak biar sebesar mana derita dan akibatnya bakal ditanggung.

Kini kau sudah besar. Bagi mu semuanya nampak mudah. Hanya para ibu yang tahu sakitnya yang harus ditanggung. Seperti mati hidup semula.

Ibu ceritakan ini bukan minta kau bersedih. Bukan minta dibalas dengan wang ringgit mu. Cuma ibu harap kau tahu ini semua untuk kebaikan mu.

Agar kau insaf dan tidak derhaka kerana syurga mu di bawah telapak kaki ibu.

Jika berkata eh pun tidak dibenarkan Tuhan, apatah jika lebih dari itu. Bukan pinta ibu tapi ketentuan Tuhan buat semua anak termasuk ibu.

Dengarkanlah dari Ae-Man Anak Soleh

http://www.youtube.com/user/riwayaterakru


Minggu 39
http://similac.com/pregnancy/39-weeks-pregnant?wt=vn

Advertisements

About pepcoy

43 Male Married malaysia
This entry was posted in Jangan derhaka nak. Bookmark the permalink.

2 Responses to >Jangan derhaka nak

  1. umihoney says:

    >bagus artikelnya.memang kita semua berhutang nyawa dengan ibu kita.

  2. >bertuah ibu bapa yang anak nya berbuat baik dgn ikhlas dan rendah hati kepada keduanya. macam kata orang,sejuk perut mak mengandung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s