>Episod Akhir Samseng Jalanraya

>Aku meninjau peluang yang ada. Ku himpit punggung kereta mu sedekat mungkin. Bila saja ku lihat tiada apa yang datang, terus saja aku melencongmu. Ku himpit kau ke tepi hingga tersantak kau di bahu jalan.

Berlari aku turun bila saja kau berhenti. Aku sampai sebelum kau sempat keluar. Ku tarik tangan mu dan sebiji penumbuk ku hinggap tepat di dagu mu. Kurang ajar, kau fikir ini jalan ayah kau. Suka-suka hati kau nak keluar. Kau diam tak berkata, rupanya penumbuk ku telah buat kau mamai seketika.

Maaf bang, maaf bang. Itu saja yang mampu kau katakan. Dan sebiji lagi penumbuk ku hinggap tepat di perut mu. Kau terduduk tersandar di dinding kereta mu. Ingin saja aku menghayun sekali lagi tapi aku terhenti bila ku lihat darah merah mengalir menitik turun dari bibir mu.

Kenapa kau keluar macam tu tadi. Kau tak pernah bawa kereta ke, aku menjerit di depan muka mu. Saya nak cepat bang. Ayah sedang nazak di kampung. terketar-ketar kau menuturkan kata. Berapa umur kau, tanya ku bila ku lihat wajahmu terlalu muda berbanding usia ku. Saya tingkatan tiga bang. Maaf saya nak cepat, nanti tak jumpa ayah. Kau cuba bangun dalam ketar lututmu, namun kau jatuh kembali.

Akhirnya kau berjaya duduk kembali di tempat duduk mu. Terkial-kial kau cuba menghidupkan enjin kereta mu. Aku cuma memandang mu tanpa sepatah bicara lagi. Padan muka kau. Aku menempelak kau yang sedang terkial-kial itu.

Tiba-tiba hand set mu berdering. Kau menangis tersedu-sedu. Aku dapat mengagak apa berita yang baru kau terima.

Ayah saya dah meninggal bang. Abang nak sambung pukul saya, sambung lah. Kau tunduk menanti penumbuk ku hinggap lagi ke tubuhmu.

Tumbuk lah, abang orang gagah, lagi pun ayah saya pun dah tiada, tak da apa nak saya kejarkan lagi. Kau menambah sambil mengesat darah yang sudah hampir berhenti mengalir di bibir mu.

Bila kau lihat aku hanya berdiam berdiri di luar kereta mu, kau menghidupkan enjin dan terus berlalu.

Tinggal aku sendiri dengan kegagahan dan keangkuhan ku. Aku samseng jalanraya tak punya hati perut. Menanti buku dan ruas bertemu. Siapa yang lebih kering hatinya, dia lah yang terlebih handal. Pergi mampus dengan orang lain. Ini jalan ku, jalan ini aku yang punya. Aku yang paling handal di jalanraya ini.

Di saat ini tubuhku terbujur berselimut putih, anak kesayangan ku belum sampai lagi. Mana dia, dari semalam aku menunggu. Kembali lah nak sebelum ayah pulang, itu harapan ku sebentar tadi, tapi kini semuanya sudah terlambat. Samseng jalanan ini sedang berdiri di hujung kepalanya melihat tubuh kaku berselimut putih. Sanak saudara ratap menangis. Aku sedih tak terhingga, takut pun ada. Sebentar lagi akan di bawa ke alam barzah untuk ku berjawab atas semua kezaliman yang pernah ku buat.

Anak ku tidak akan pulang biar pun aku sudah di kebumikan, dia telah bertemu buku dan ruas. Ditikam oleh samseng jalanan yang lebih kering hati darinya. Itu yang ku dengar dari rintihan isteriku selepas mendapat panggilan talipon sebentar tadi.

Ini semua salahku. Aku angkuh, sombong dengan sedikit kehebatan yang pernah aku perolehi. Menyesal tak terhingga kini, tapi jalan pulang telah tertutup. Sedikit dari balasan telah ku terima. Banyak lagi yang sedang menunggu ku di sana. Anak ku terkorban demi mencontohi aku.

Sia-sia semuanya. Kini gagah ku tak bermakna lagi… Aku memang bodoh.. tak berakal. Padan muka aku.

Advertisements

About pepcoy

43 Male Married malaysia
This entry was posted in Episod Akhir Samseng Jalanraya. Bookmark the permalink.

2 Responses to >Episod Akhir Samseng Jalanraya

  1. umihoney says:

    >mengerikan ya.Maanusia boleh berubah bila berada dibelakang steering.

  2. >ada yang macam dalam filem lagaknya, dengan parang dan besi berkelahi di tengah jalan hanya kerana hon mengehon. macam-macam ada..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s