>Seribu Kali Sayang …

>Arina sedaya upaya cuba mencapai telepon bimbitnya. Sudah puas dia berusaha, namun tubuhnya yang makin lemah membuatkan tangan dan jarinya terketar-ketar sewaktu cuba mencapai telepon bimbitnya itu yang jatuh di lantai tempat duduk di sebelah pemandu.. Debaran hatinya makin kuat, pilu dan sayu memenuhi setiap ruang hatinya.

Arina bersandar semula di tempat duduk keretanya. Badannya makin terasa lemah hingga untuk mengerakkan jari pun tak terdaya kini. Arina tidak mahu semuanya berakhir dalam keadaan begini. Dia sangat sayangkan suami dan anak-anak. Arina dapat rasakan hidupnya akan berakhir sebentar lagi. Oh Tuhan tolonglah aku, berikan aku kekuatan di saat ini. Arina berdoa dengan penuh harapan. Dia mesti dapatkan telepon bimbitnya.

Kakinya tidak dapat digerakkan lagi. Mungkin patah, Arina tidak pasti. Percikan darah dilihatnya di cermin hadapan yang merebeh. Sebahagiannya lagi berlubang ditembusi dahan pokok. Di luar yang kelihatan cuma pohonan kayu mengelilingi keretanya.

Nada dering telepon bimbitnya kerap berbunyi sejak dari tadi tanda sms yang masuk tak berhenti-henti. Arina sudah terlalu tidak berdaya kini. Airmatanya mengalir deras menuruni pipi bercambur dengan darah yang mengalir dari kepalanya.  Pilu hati Arina mengenangkan perasaan suami dan anak-anaknya nanti.

Arina benar-benar menyesal kini. Dia hanya suka-suka namun tentu orang yang disayangi dan menyayangi dirinya tidak dapat menerima kenyataan itu nanti.

Maafkan Arina bang, tiada orang lain di hati Arina melainkan abang, dalam sayu dan pilu terketar-ketar bibir Arina menyatakan isi hatinya yang sebenar, melahirkan keyakinannya pada cinta dan kasih yang tidak berbelah bagi terhadap suaminya. Alangkah baik jika Salim suaminya dapat mendengar luahan hatinya itu, fikir Arina. Maafkan Arina bang… Airmata pilu mengiringi setiap patah kata yang Arina ucapkan itu.

Sesal tak terhingga namun apakan dayanya kini yang kehilangan terlalu banyak darah. Kenapalah aku layan sms dia selama ni, kenapa ! Arina masih ingat pertama kali dia menghantar sms di chanel 15 astro. Tanpa disangka seorang lelaki membalas smsnya itu dan bermulalah perkenalan mereka. Walaupun tidak pernah bersua muka, namun sms di antara Arina dan lelaki itu tidak putus-putus. Saban waktu telepon bimbit Arina sentiasa di sisi takut terbaca oleh suaminya akan sms yang sentiasa keluar masuk itu.

Walaupun sudah banyak kali diajak bertemu namun Arina masih belum sanggup lagi untuk mengkhianati suaminya. Dia hanya suka-suka melayan perasaan lelaki itu. Ada masanya dia tergelak sendirian bila membacanya sms lelaki itu yang memujuk rayu dan memujinya biarpun mereka tidak pernah bertemu.

Keseronokan itu kini telah bertukar menjadi mimpi yang amat mengerikan buat Arina. Arina tidak dapat membayangkan apakah yang akan difikirkan oleh suaminya jika membacanya sms-sms itu nanti. Tolonglah..Arina sekali lagi cuba mengerakkan tangannya namun segalanya hampa.. Kakinya mula terasa sejuk.. Perlahan-lahan Arina mula mengucapkan kalimah syahadah.. Air matanya mengalir, dia tahu semuanya akan berakhir sebentar lagi. Maafkan Arina bang..

Salim duduk termenung di tingkap bilik tidurnya. Anak-anaknya yang tiga orang itu sudah tidur. Salim masih memegang telepon bimbit isterinya Arina. Kenapa Arina kamu buat abang macam ni. Salim sedih dengan kehilangan isterinya yang meninggal dalam kemalangan kereta itu. Namun amat menyedihkan lagi bila dia membaca kata-kata isterinya dari sms yang terdapat di dalam telepon bimbitnya itu. Sedih, marah dan pilu silih berganti mengharungi hati Salim menjadikan dirinya tidak keruan kini. Salim benar-benar merasakan dirinya dikhianati.

Bila ingatkan Arina yang meninggal akibat kemalangan kereta, Salim sungguh sedih. Kereta Arina merempuh penghadang jalan dan terjun ke jurang bukit. Tiada bukti berlaku pelanggaran. Mengikut polis, kereta Arina terbabas lalu merempuh penghadang jalan. Mungkin dia tertidur akibat terlalu mengantuk memandangkan tiada kesan membrek di atas jalan.

Amat menyedihkan lagi bila dilihat anak-anaknya yang kerinduan ibu mereka. Walaupun hampir dua minggu sudah sejak kepergian Arina, anak-anaknya masih tersedu-sedu menangis setiap kali tersedar dari tidur. Salim tahu, anak-anaknya yang masih kecil itu rindukan ibu mereka.

Namun di saat dan ketika tertentu Salim kesal dan terluka dengan apa yang Arina telah lakukan pada dirinya. Salim amat tidak menyangka yang Arina sanggup menduakannya. Tak terfikir oleh Salim bagaimana Arina sanggup berselingkuh sedangkan dirinya melayan Arina dengan sepenuh hati dan kasih selama mereka hidup berumahtanga.

Hingga sebentar tadi lelaki yang tidak dikenalinya itu masih setia menghantar sms kepada Arina. Mengharap Arina berterus-terang akan kesalahannya hingga Arina tiba-tiba menyepi. Dia bertanya adakah Arina tidak sayang padanya lagi.

Hati Salim terguris dan terluka bila teringatkan kata-kata Arina dalam smsnya kepada lelaki itu. Sayang dan rindu tidak lekang dari setiap sms Arina kepada lelaki itu.

Setiap kali Salim hendak melangkah untuk pergi menziarahi kubur isterinya, setiap kali itulah hatinya seperti amat berat untuk pergi. Untuk apa dia pergi menziarahi orang yang tidak menyayangi dirinya, malah mengkhianati dirinya pula.

Kalau tidak kerana anak-anak, hampir pasti Salim tidak akan mengunjungi pusara Arina. Bukan kerana benci, tapi pengkhianatan Arina itu tidak dapat diterimanya. Terasa sia-sia hidupnya bersama Arina selama ini. Salim benar-benar seperti bermimpi, dia amat tidak menyangka dalam kelembutan dan kebaikan Arina terhadapnya selama ini, rupanya di dalam hati Arina ada orang lain.

Sayang seribu kali sayang, kenapa isteri kesayangannya itu sanggup menghianati kasih dan sayangnya. Kenapalah bodoh sangat Arina sampai sanggup buat dirinya begini, fikir Salim.

Salim duduk memeluk lututnya membelakangkan dinding tingkap. Salim terisak-isak menanggis melepaskan sebak di dadanya. Menitik air mata lelaki itu membasahi hamparan di kamar seribu kenangan itu. Dadanya terasa milu pedih bagai disusuk selumbar. Sesekali Salim menarik nafas panjang, cuba menenangkan hatinya yang sebak pilu itu. Di sapunya airmata yang membasahi pipi dengan bahagian belakang tangannya.

Tiba-tiba telepon bimbit Arina berdering. Hai Rina, buat apa tu, maaf la, tau you tak suka I call ni, tapi rindu sangat lah, kenapa you diam je.. suara lelaki yang sedang merayu itu buat hati Salim bertambah sebak.

Kenapa kau khianati aku Arina !!…tiba-tiba Salim menjerit bagaikan orang hilang akal.

Shiit !! Dibalingnya telepon bimbit Arina ke dinding jatuh bertarai ke lantai. Bodoh ! bodoh ! Apalah bodoh sangat kau Arina !! jeritan Salim memecah kesunyian malam.

Entah oleh Afgan 
Advertisements

About pepcoy

43 Male Married malaysia
This entry was posted in Seribu Kali Sayang. Bookmark the permalink.

6 Responses to >Seribu Kali Sayang …

  1. cikTi says:

    >perempuan spt itu x mmg zalim,.sanggup menduakan suami sendiri,.dan bengong,.pergi melaysan laki2 lain,.,.ni la fnomena zaman kini.,

  2. Den says:

    >fenomena zaman interaktif.. tk Cik Ti dgn komen ni.

  3. umihoney says:

    >Rad, bila ada waktu jalan2 ke blog umi ya..ada award untuk Rad 🙂

  4. Rad says:

    >Dah amek award tu Umi, terimakasih ye

  5. Rad says:

    >Thanks for the visit Sunshine & Baba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s