>Meniti Takdir Cinta Murni

>Campur ini entah sudah berapa kali aku melalui lorong di hadapan rumahnya. Aku amat berharap agar dapat berhadapan dengan gadis itu. Ingin ku curahkan isi hatiku yang telah ditawan oleh dia sang puteri yang tidak ku tahu namanya lagi hingga kini.

Agak sukar usaha ku ini. Maklumlah berada ditempat orang banyak tertibnya perlu ku jaga. Namun kini aku tidak tertanggung lagi menahan perasaan. Kelakar aku nikan, jumpa belum bercakap tak pernah tapi sudah jatuh hati. Aku pun tak tahu bagaimana ini terjadi. Minggu lepas sewaktu melalui lorong di hadapan rumahnya, puteriku itu sedang menyindai kain di halaman rumahnya. Aku memandangnya dan di saat matanya mengerling ke arah ku, di saat itu lah hatiku bergetar. Terasa nurbisa dari lirikan matanya yang bulat itu telah memanah hatiku. Aku kini sudah ditawan oleh dia yang ku panggil puteri kerana namanya masih belum ku tahu lagi.

Assalamualaikum, salam ku ucap, aku sendiri terasa ketaran suaraku.Hatiku pula berdebar-debar, seperti tak biasa pula aku dengan perempuan. Di kolej ku belajar dulu aku lah heronya. Selepas aku mula bekerja bertambahlah hebatnya aku berkulu kilir dengan teman wanita ke sana-sini. Pelik benar aku kali ini. Gugup benar di saat aku cuba menghampirinya tadi.

Walaikumussalam, encik cari siapa, dijawabnya salam ku dengan matanya sekali lalu memandangku dan tunduk kembali. Saya nak jumpa awak. Agak terkejut ku lihat gadis itu. Di ambilnya baldi kain yang masih separuh berisi kain basuhan dan terus dia ke arah belakang masuk ke rumah. Aku terdiam berfikir dan aku tak tahu bagaimana dan kenapa. Semua soalan pelik datang dari hati ku namun otakku masih belum tersedia dengan jawapannya.

Aku nekad, Assalamualaikum. Sekali lagi aku memberi salam. Muncul lelaki agak berusia yang ku kira tentu ayahnya. Ya ada apa nak, jemputlah naik, sambil bersalam aku di jemputnya masuk. Aku tak berdebar kali ini. Kalau tak dapat dengan anaknya, akan ku luahkan juga biarpun dengan ayahnya. Sudah dua malam tidur ku tak lena. Aku takkan pulang selagi isi hatiku tidak ku curahkan. Itulah nekad ku kini.

Saya minta maaf pakcik, Jika ikut adat mungkin saya telah melanggarnya tapi saya tidak dapat menahan lagi desakan yang meruntun jiwa saya sejak dari saya melihat anak pakcik. Saya suka anak pakcik. Aku pun tunduk, takut ada, malu pula tiba-tiba datang menghinggap sebaik sahaja semua isi hatiku telah ku luahkan di hadapan ayahnya. Terfikir juga aku, dah gila agaknya diri ku ini tapi aku lega. Uhh lega sangat sangat.

Beberapa detik suasana sepi. Ayahnya memanggil ibunya agar hadir bersama berhadapan sekali dengan aku yang sudah gila dan mabuk cinta terhadap anak gadis mereka. Begini nak, memang semua ini mengejutkan kami tapi jangan lah kamu segan pula. Baguslah berterus-terang, tiada salahnya, ujar ayahnya bila melihat aku hanya tunduk malu keseganan. Suka juga kami nak tahu tentang diri anak dan keluarga anak, ceritalah kalau anak tak keberatan. Pheh begitu tenang sekali ayahnya melontarkan satu-satu perkataan dan ini buat diriku berasa makin bertambah kerdil di hadapannya.

Aku mula bercerita tentang diriku. Tentang aku ke sini atas urusan kerja di kawasan ladang sawit yang baru di buka. Aku ceritakan juga tentang bapa ku ahli koperat yang bergelar datuk itu. Habis semua ku ceritakan hingga kenakalan ku sekali tidak lupa aku ceritakan. Dalam riwayat hidup ku mungkin inilah harinya aku paling ikhlas dalam bercerita tentang diriku sendiri.

Terima kasih nak, sudi cerita pada kami semuanya itu, sambil tersenyum ayahnya memandang ku. Dari matanya yang tampak tenang dan seperti bergenangan air itu, aku yakin keluarga ini dari orang yang baik-baik dan kuat berpegang pada jalan agama.

Saya minta maaf sekali lagi, tapi saya ikhlas pakcik. Saya benar-benar jatuh hati dan niat saya suci. Ingin menjadikan anak pakcik teman hidup saya dan saya akan menjaganya dengan baik, insyaAllah. Perkataan yang jarang aku sebut itu kini tersembul dari mulut ku. Sebetulnya sejak aku jatuh hati ini, aku sudah mula berdekat dengan agama. Aku kerap mengaji dan solat. Perubahan ini bagai mimpi. Inikah yang dinamakan seruan. Entahlah, Aku kini seperti baru dilahirkan semula. Semuanya selepas aku melihat puteri ku itu. Tentu ibu ayah ku terkejut nanti bila melihat perubahan anaknya ini.

Bagaimana dengan ayah kamu, kami hidup di kampung begini, darjat kita pula seperti langit dan bumi. Biarlah pak cik berterus terang. Anak pakcik tu berpenyakit orangnya. kamu sendirikan lihat pipinya yang cengkung dan tubuhnya yang kurus melidi tu. Bukan pakcik meragui niat baik kamu, tapi kamu pun tentu faham. Pemuda sesegak kamu, berada pula tu. Tentu bukan ini sahaja yang kamu pernah jumpa dan lihat. Pakcik sebenarnya bimbang takut kamu kecewa nanti. Dan pakcik juga tidak mahu perasaan anak pakcik di permainkan. Dia kerap jatuh sakit, bila kecewa tentulah  bertambah deritanya nanti.

Ayahnya mula bercerita tentang kesah puteri yang kerap jatuh sakit. Ada masanya berhari-hari terbaring tidak dapat bangun. Sakitnya misteri yang belum terungkai lagi hingga kini walaupun sudah puas dibawa berubat ke sana sini.

Aku sedar sebenarnya tentang apa yang diceritakan oleh ayahnya itu. Melihatkan dirinya pun sudah dapat ku agak itu semua. Tubuhnya kurus kering. Matanya bulat dengan pipi yang cengkung. Jalannya tidak tegap. Sewaktu dia mengangkat baldi kain jemuran tadi pun dapat ku lihat dia terkial-kial berjalan.  Tubuhnya ringan melayang sewaktu melangkah masuk ke rumah.

Inilah di namakan cinta, aku nak juga biar bagaimana pun keadaannya. Aku sudah jatuh hati. Biar seribu keji orang, aku tetap maukan dia. Pandangan matanya yang redup begitu mendamaikan hatiku. Tak pernah ku lihat gadis sepertinya sebelum ini. Terasa di hatiku hidupnya yang pasrah dan rela menurut segala takdir penciptaNya. Itu lah yang buat ku jatuh hati, membuat diriku nekad dan bertindak segila ini. Aku gila pada kedamaian di tasik hatinya yang tidak pernah ku jumpa mau pun lihat seumpamanya sebelum ini.

Sejak dari hari itu, keraplah aku ke rumah Pak Embong bertemu Murni, puteri ku yang kurus kering itu. Oh ya, giginya  sedikit jonggang. Tapi itu semua aku tak kesah. Aku ikhlas mencintainya. Aku ingin memiliki hatinya yang murni dan suci itu.  Menurut ibunya, Murni tidak pernah keluh kesah mengenangkan nasib diri. Ini buat mereka begitu terharu. Aku juga terharu mendengarnya.

Ada masa aku dapat melihat Murni dan berborak-borak bersama-sama ahli keluarganya sewaktu aku berkunjung ke rumah buah hatiku itu. Ada ketika pula dia terbaring di bilik keletihan dan aku pulang dengan hampa. Sejak akhir-akhir ini Murni kerap sakit. Risau aku memikirkannya. Kalau boleh aku ingin segera mengambilnya sebagai teman hidupku. Dapatlah sentiasa aku bersama dan menemani dirinya yang terbaring keletihan itu. Dah kawinkan senang, itulah yang asyik aku fikirkan kini.

Ayah dan ibuku sudah ku beri tahu. Gambar Murni juga sudah ku tunjukkan kepada mereka berdua. Syukurlah keduanya tiada apa halangan. Cuma ibu ku sahaja meminta aku tetapkan pendirian dan hati. Menurut ibu, jangan mainkan hati orang apatah lagi dengan keadaannya yang begitu rupa. Andai aku pasti aku mampu menghadapinya teruskanlah. Jika tidak lebih baik jangan. Hampir sama nasihat ibuku itu dengan harapan ayah Murni. Aku faham ayahnya risaukan nasib dan masa depan anak gadisnya itu dan ibuku pula risaukan aku mungkin bersandarkan gelagat ku yang pernah dilihatnya dulu. 

Kalau sudah jodoh tak ke mana. Sebaik sahaja aku menerima tanggung jawab menjaga Murni dari ayahnya di majlis yang agak sederhana petang itu. Aku bersalam dengan ayah mertuaku itu dan memeluknya yang ku lihat agak terharu. Ayah jangan risau lagi. percayalah insyaAllah saya akan jaga anak ayah dengan baik. Andai ada hak untuk manusia berjanji, saya berjanji ayah, saya tidak akan kecewakan harapan ayah dan hati Murni. Ku lihat sedikit lega di wajah ayah mertuaku dengan janji ku itu.

Majlis di sebelah keluarga ku terpaksa di batalkan. Murni sakit dan terbaring sejak malam pertama dia meminta izin dari ku untuk masuk beradu dahulu. Aku cuma melihatnya yang nyenyak tidur. Hingga kini dia masih lagi puteriku. Belum lagi dapat ku tabalkan sebagai permaisuri hidup ku. Aku rela dan aku memang bersedia demi cintaku yang datang bagai mimpi ini. Kehadiran Murni telah banyak merubah aku menjadi hamba yang tunduk pada perintah Tuhan Ku. Itu yang lebih penting bagi diri ku. Lagi pun mungkin ini balasan untuk aku yang banyak dosa di masa bujangku. Aku kini benar-benar berubah.

Teman ku cuma Murni, di hatiku cuma ingatan tulus kepada Tuhanku. Aku sentiasa bermohon keampunanNya akan dosa silam ku. Semoga baktiku pada Murni yang terlantar di pembaringan dapat meghapuskan rasa bersalahku pada mereka yang pernah aku kecewakan.

Kini aku sedang asyik dilamun cinta. Cinta yang luhur dan suci tanpa mengharapkan apa jua balasan melainkan keampunan dan kasih dari Tuhanku. Menatap wajah Murni saban waktu mendamaikan hati ku. Alangkah baiknya jika Murni cepat sembuh. Namun aku seperti juga Murni, pasrah dan berserah kepada Tuhan dalam meniti titik takdir cinta ini.

Hanya Pada Mu oleh Qiara 

Bahagian kedua dan akhir Salam Sejahtera Syuhadah Cinta Ku


Advertisements

About pepcoy

43 Male Married malaysia
This entry was posted in Meniti Takdir Cinta Murni. Bookmark the permalink.

3 Responses to >Meniti Takdir Cinta Murni

  1. umihoney says:

    >A nice love story.Syahdu gitu.Yang tersurat dan tersirat begitu indah.Thanks.

  2. Cheqna says:

    >Masih mood sedih dalam penulisan cerita ye rt..harap dah jumpa penawarnya di blog umi.. dan ceria dgn "sunshine" tu…hehe..

  3. >UmiHoney, biasa dibuat orang tulis bab 1 kemudian baru bab ke dua dan seterusnya.. ni dah terbalik pula, tulis yang akhir kemudian baru yang pertama. Aha la Cheqna, gaknya musim hujan petang kat sini tu yang sidih je… 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s