>Sketsa Menanti Siaran Langsung Piala dunia 2010

>Malam kian larut
di kaca TV cerita lama yang diulang semula
ku teliti setiap inci blog ku ini
aku mencari idea untuk posting terbaru
namun sejak kelmarin aku keputusan ilham
ilham ada sebetulnya, aku pula mula didatangi rasa malas

Sebentar tadi malas datang lagi
malas untuk menulis
sedang ilham berdiri betul di depan mataku

Malaslah bisik hatiku pada ilham

Baru ku layan rasa malas,
Ngantuk pula datang
tanpa salam dia hadir
serupa sahaja perangainya dengan malas
datang tak pernah beri salam.
tiba-tiba tersembol terus bersila

Tanpa sedar jari kananku mengaru-garu kepala
Gatal di kepala baru sedar dari lena agaknya
Alamak ! tangan kiri ku pula tergaru-garu leher ku.
Seperti kokok ayam di subuh sunyi
bersahut-sahutan pula gatal
dari kepala turun ke leher terus ke lengan 

Ku teguk minuman yang ku bancuh sendiri tadi
sambil meneguk air
terpandang pula jam di dinding
lagi lima belas minit lagi pukul dua pagi
lagi empat puluh lima minit
siaran langsung perlawanan bola sepak
Brazil lawan Chile

Apalah merepek cerita di kaca Tv ni
bisik hatiku
Sudahlah cerita zaman tok kaduk di tayangnya
cakapnya pula sepatah haram aku tak faham
kejap ya… aku nak tutup tv dulu.

Kini hanya kedengaran bunyi pam air dari akuarium ikan
ikan nya cuma tinggal seekor
saudara maranya yang lain sudah pergi
telah ku kuburkan dibawah pohon di depan rumah ku
ajal dah datang, silap tukar air maut pun sampai

Apa nak buat ni.
Tidur dulu.
Oh mana boleh
tentu terlepas siaran langsung piala dunia nanti

Ku pandang wajah anak kecilku yang lena beradu
Wajah syurga itu benar-benar buat aku tenang
Damai sungguh melihatkan dia tidur

Teringin pula hendak berbaring di sebelahnya
ku usap-usap pipi tembamnya
lembut halus
aku tersenyum sendirian
teringat aku tadinya
dia ketawa terkekeh-kekeh bila diagah

Ku peluk anak kecil ku ini
geram betul aku melihat pipinya yang tembam
terasa hendak ku gigit-gigit lengannya yang domot itu

Bang bangun bang dah subuh ni
halus suara sayup-sayup kedengaran
aku tersentak dan terus duduk
alamak !! miss lagi….

Advertisements

About pepcoy

43 Male Married malaysia
This entry was posted in Sketsa Menanti Siaran Langsung Piala dunia 2010. Bookmark the permalink.

8 Responses to >Sketsa Menanti Siaran Langsung Piala dunia 2010

  1. PepSaya says:

    >terima kasih Fida, aha kan geram kat sikecik punya pasal terlepas siaran langsung..he he. Thanks Fida for coming.

  2. umihoney says:

    >LOL..nasib baik tutup TV..kalau tak TV tengok tuan la.

  3. Cheqna says:

    >comelnya baby tu…hehe..termiss world cup tak pe, jgn miss subuh:-)

  4. PepSaya says:

    >kira precaution tu umi..pengalaman , baring kalu keberangkalian terlelap tinggi 🙂

  5. PepSaya says:

    >miss world cup 4 tahu nlagi kalau umur panjang boleh tengok, miss subuh kalu, pheh seksa. tapi selalu gak miss.Tak tau la nak ngadap sok macam mana. Sah sesal tak sudah. Blog je ada cerita ugama, orang betulnya loklak lagi ni. 🙂

  6. NENSA MOON says:

    >hehehe… kelewatan World cup ya?!gila bola juga Rad?!baby-nya memang lucu…

  7. Cheqna says:

    >Rad..sama2 berdoa agar dipermudahkan untuk menjalankan amal ibadah dgn sebaik2nya..

  8. PepSaya says:

    >sedih sikit la malam ni Nensa, Argentina 0-4 dgn german, tengah fikir nak tukar sokong mana lepas ni. 🙂 tk Nensa Moon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s